Tahniah pelajar SMKSP kerana telah berjaya menduduki peperiksaan penggal 2 dan kita teruskan perjuangan ke Penggal 3 ......
Pengajian Am 900/3 2jam sahaja
Bahagian A: 15M
Dasar Luar Negara
15 soalan Objektif
Bahagian B 15M
Tafsiran
Alih bentuk komunikasi
Bahagian C 50 M
Esei jawab 2 soalan
Gunakan cuti persekolahan yang panjang ini untuk membaca dan memahami Dasar
Luar Negara Malaysia
Asean
Komanvel
PBB
Selatan-selatan
Nam
Dll
Thursday, May 22, 2014
Thursday, May 15, 2014
Ramalan Pam Penggal 2
Khas untuk pelajar SMKSP
Bahaguian A
Dasar Pertanian Negara 1,2,3\
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Wawasan 2020
Dasar MBE
Dasar Sosial Negara
Dasar Penswastawaan
Dasar persyarikatan
Bahagian B
Graf bar Piramid
Graf bar Komponen
Graf bar Kompaun
Graf bar Memesong
Graf bar Gabungan
Bahagian C
Perpaduan
Teknologi Hijau
Cabaran mencapai negara maju
Cabaran mencapai perpaduan
kekangangan membentuk kebudayaan nasional
pencemaran
Beri perhatian pada tajuk-tajuk berikut. Pandangan cikgu sahaja. Baca ayng lain juga OK.
Selamat Menduduki Peperiksaan Semoga Berjaya.. Doa cikgu selalu untuk kamu semua.
Good Luck To All The STPM Students....
Tuesday, May 06, 2014
Soalan Percubaan Pengajian Am STPM Penggal 2 SMK Dato Said Nilai-Sumbangan Cikgu Amran
Bahagian A
[15 markah]
Jawab semua soalan.
1.
Nyatakan empat
teras utama Dasar Wawasan Negara [4]
(i)
………………………………………………………………………………..
(ii)
………………………………………………………………………………..
(iii)
………………………………………………………………………………..
(iv)
………………………………………………………………………………...
2.
Dasar
Alam Sekitar Negara telah diwujudkan untuk mengharmonikan matlamat pembangunan
ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. Nyatakan empat prinsip pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut. [4]
(i)
………………………………………………………………………………...
(ii)
………………………………………………………………………………...
(iii)
………………………………………………………………………………...
(iv)
………………………………………………………………………………...
3.
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengenalpasti beberapa
bidang utama untuk dicapai dalam tempoh tersebut. Nyatakan empat bidang tersebut. [4]
(i)
………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………...
(ii)
………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………
(iii)
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
(iv)
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………...
4.
Nyatakan
tiga kesan daripada pelaksanaan
Dasar Penswastaan. [3]
(i)
………………………………………………………………………………...
(ii)
………………………………………………………………………………...
(iii)
………………………………………………………………………………...
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan
graf yang sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian
di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.
Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menurun dari 7.0
peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun 2010. Namun
demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian meningkat dari 7.0
peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong
oleh galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti
eksport komoditi tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya
peningkatan nilai eksport industri makanan berasaskan pertanian daripada RM 8 627
juta pada tahun 2005 kepada RM 15 803 juta pada tahun 2010. Hasil eksport
industri minuman dan tembakau juga telah meningkat kepada RM 2 446 juta pada tahun 2010
berbanding RM 1 755 juta pada tahun
2005.
Dalam masa yang sama kerajaan
menggalakkan keluaran perabut yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis
keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah menyebabkan peningkatan
hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri keluaran kayu
meningkat sebanyak RM 4244 juta kepada RM 13 909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM 8 454 juta pada tahun 2005 dan mengalami
peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM 14 335 juta pada tahun 2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah
telah meningkat daripada RM 6 923 juta kepada RM 11 368 juta. Hal ini berlaku
lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran untuk
menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport
industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM 781 juta kepada RM 2 799
juta pada tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian
menggambarkan pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia ke
Sembilan, 2006 – 2010)
6. Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan
graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan nilai indeks pengeluaran
perindustrian bagi barangan pembuatan di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2006.
Dalam tempoh 2004 hingga 2006, eksport Malaysia telah
meningkat dengan pesat pada kadar purata yang memberangsangkan setiap tahun.
Walau bagaimanapun, kadar pertambahan pendapatan eksport menurun kepada 6.3
peratus pada tahun 2004 dan 2.7 peratus pada tahun 2005.
Sepanjang tempoh 2003 hingga 2006, keseluruhan indeks
pengeluaran perindustrian mengalami perubahan yang tidak menentu dengan
beberapa indeks memperlihatkan peningkatan yang agak ketara. Indeks perabot dan
barangan elektrik memperlihatkan nilai yang tertinggi bagi tahun 2006 iaitu
145.2 mata dan 1140.6 mata. Manakala nilai indeks yang paling rendah ialah bagi
indeks papan lapis iaitu sebanyak 90.8 mata dan diikuti industri minuman sebanyak
97.9 mata. Indeks tembakau dan produk kelapa sawit, masing-masing mencatat
sebanyak 107.7 mata dan 131.8 mata pada tahun yang sama.
Pada tahun 2003,
indeks pengeluaran barangan perindustrian mencatatkan nilai tertinggi ialah
barangan elektrik iaitu sebanyak 118.0 mata, diikuti oleh barangan perabot
sebanyak 117.3 mata. Indeks bagi barangan elektrik terus meningkat pada tahun
2004 kepada 126.5 mata, seterusnya mencatatkan sebanyak 130.6 mata bagi tahun
2005. Keadaan yang sama juga ditunjukkan oleh industri perabot yang mencatatkan
sebanyak 124.1 mata pada tahun 2004 dan 134.8 mata bagi tahun 2005.
Indeks papan lapis juga mencatatkan sedikit peningkatan
sepanjang tempoh tersebut. Pada tahun 2003 nilai indeksnya sebanyak 97.1 mata,
kemudian meningkat sebanyak 3.8 mata kepada 100.8 mata. seterusnya meningkat
lagi kepada 101.5 mata pada tahun berikutnya. Manakala indeks bagi barangan
tembakau memperlihatkan sedikit penurunan. Pada tahun 2003, indeks tembakau
mencatat nilai 110.9 mata, sebelum menurun lagi kepada 109.1 mata pada tahun
2004. Nilai indeks ini terus menurun ke paras 103.7 mata pada tahun 2005.
Produk kelapa sawit memperlihatkan peningkatan. Pada
tahun 2003, nilai indeks sebanyak 105.8 mata, meningkat sebanyak 25.5 mata pada
tahun 2005. Manakala pada tahun 2004, nilai indeks ialah 122.8 mata iaitu
peningkatan sebanyak 17 mata berbanding tahun sebelumnya. Barangan
perindustrian yang memperlihatkan nilaian indeks yang tidak menentu ialah
industri minuman. Pada tahun 2003, nilai indeks ialah 88.7 mata, meningkat
kepada 94.3 mata pada tahun 2004. Seterusnya menurun sebanyak 8.5 mata kepada
85.8 mata pada tahun 2005 sebelum meningkat semula pada tahun 2006.
(Dipetik
dan disesuaikan daripada Kementerian Kewangan , 2007)
Bahagian C
[25 markah]
Pilih satu
daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
7.
Perkembangan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan ekonomi negara. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan
IKS di Malaysia. Bincangkan.
8.
Pengangkutan awam dapat memberikan faedah kepada pengguna
jalan raya di Malaysia. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk
menggunakan perkhidmatan ini.
Bincangkan.
Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh
(EN.
AMRAN SHARUDIN ) ( HJH.
YUSLINA BT YUSOF ) ( HJH.SITI ZULAIHA BT
Guru
Mata Pelajaran Ketua Unit Sains Sosial MOHAMED MOKLAS )
Penolong Kanan Ting.6
Skema Jawapan
Bahagian
A
Soalan
1.
Nyatakan empat teras utama Dasar Wawasan Negara 2001-2010. [4]
a. Membina
bangsa yang berdaya tahan
b. Membasmi
kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
c.
Mempertingkatkan daya saing – untuk menghadapi cabaran
globalisasi
d. Membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan
e.
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
f.
Membangunkan alam sekitar yang mampan
Soalan
2.
Dasar
Alam Sekitar Negara telah diwujudkan untuk mengharmonikan matlamat pembangunan
ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. Nyatakan empat prinsip pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut. [4]
a. Pengawasan
alam sekitar
b. Pemuliharaan
ketahanan dan kepelbagaian alam
c.
Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
d. Penggunaan
mapan sumber-sumber asli
e.
Membuat keputusan bersepadu
f.
Peranan sektor swasta
g.
Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa
Soalan
3.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah
mengenalpasti beberapa bidang utama untuk dicapai dalam tempoh tersebut.
Nyatakan empat bidang tersebut.
a. Memartabatkan
profesion perguruan
b. Meningkatkan
kualiti kepimpinan sekolah
c.
Meningkatkan kualiti sekolah
d. Memantapkan
kualiti kurikulum dan pentaksiran
e.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
f.
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan
masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendididikan (program sarana sekolah)
g.
Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam
pendidikan tinggi dan pasaran kerja
h. Memperbaiki
kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
i.
Membina kemampuan serta
keupayaan sistem penyampaian pendidikan
Soalan
4.
Nyatakan dua kesan daripada pelaksanaan Dasar Penswastaan. [3] - isi + huraian
a. Mengurangkan
beban kewangan kerajaan – mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
b. Meningkatkan
kecekapan dan penghasilan kerja / mutu produktiviti dan perkhidmatan –
c.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan Negara –
d. Pembahagian sumber serta kecekapan –
Bahagian
B
Soalan 5.
MALAYSIA
: INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN BAGI BARANGAN PEMBUATAN BAGI TAHUN 2003
HINGGA 2006
Barang
|
2003
(Mata)
|
2004
(Mata)
|
2005
(Mata)
|
2006
(Mata)
|
Perabut
|
117.3
|
124.1
|
134.8
|
145.2
|
Elektrik
|
118.0
|
126.5
|
130.6
|
1140.6
|
Papan
lapis
|
97.1
|
+3.8 = 100.8
|
101.5
|
90.8
|
Minuman
|
88.7
|
94.3
|
-8.5 = 85.8
|
97.9
|
Tembakau
|
110.9
|
109.1
|
103.7
|
107.7
|
Kelapa
sawit
|
105.8
|
122.8
|
+25.5 = 131.3
|
131.8
|
Skala: 1
cm = 90 mata
Graf
garis kompaun / biasa
Soalan 6.
PERINCIAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 5:
A. MEDIA
|
PA
|
KT
|
KI
|
KJ
|
JUMLAH
|
|
1
|
Media tepat:
Graf Bar Kompoun( 6 Bar )
|
5
|
5
|
5
|
5
|
20
|
2
|
Salah media
(rujuk jadual)
|
|
|
|
|
|
|
Garisan lain-lain
|
-
|
-
|
-
|
-
|
01
|
B. PERSEMBAHAN
|
|
|||||
1
|
a. Bar siap
hanya separuh (3 – 4 sahaja)
|
4
|
4
|
4
|
3
|
15
|
2
|
b. Bar siap
kurang separuh (1- 2 sahaja)
|
3
|
3
|
3
|
1
|
10
|
C. MAKLUMAT
SALAH
|
|
|||||
1
|
Tiada tajuk/
salah tajuk/ tiada tahun pada tajuk
|
2
|
2
|
2
|
2
|
08
|
2
|
Tiada
petunjuk/ petunjuk pada muka surat lain
|
2
|
2
|
2
|
2
|
08
|
3
|
Tiada peratus/
salah nilai atau unit pada paksi y/ jumlah besar
|
2
|
2
|
2
|
2
|
08
|
4
|
Tidak tulis
istilah “Peratus perubahan” di paksi y dan di dalam tajuk
|
2
|
2
|
2
|
2
|
08
|
5
|
Tidak tulis
istilah “Peratus perubahan” di paksi y tetapi ada di dalam tajuk
|
5
|
4
|
4
|
3
|
16
|
6
|
Sumber tidak
lengkap
|
5
|
5
|
4½
|
3½
|
18
|
7
|
Tiada sumber
|
5
|
5
|
4
|
3
|
17
|
8
|
Jika jawapan
hanya jadual sahaja
Butiran = 2
Tajuk = ½
Sumber = ½
|
-
|
-
|
-
|
-
|
03
|
MALAYSIA: HASIL EKSPORT INDUSTRI
BERASASKAN PERTANIAN PADA TAHUN 2005 DAN TAHUN 2010
Bil
|
Jenis industri
|
2005
(RMjuta)
|
2010
(RMjuta)
|
1
|
Makanan
|
8627
|
15803
|
2
|
Minuman dan
tembakau
|
1755
|
2446
|
3
|
Keluaran kayu
|
9665
|
13909
|
4
|
Perabut
|
8454
|
14335
|
5
|
Keluaran getah
|
6923
|
11368
|
6
|
Kertas
|
2018
|
2799
|
Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia
ke 9, 2006 – 2010)
Skala : 1 cm : RM 1500 juta
Graf bar kompaun.
Bahagian C
Soalan
7.
Perkembangan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan ekonomi. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di
Malaysia. Jelaskan.
Bil
|
Idea
|
Huraian
|
1
|
Menghasilkan
input kepada industri utama
|
Membekal input kepada industri utama-komponen / barang separuh
siap-mengurangkan import komponen
|
2
|
Mewujudkan
peluang pekerjaan
|
IKS menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
khususnya di kawasan di mana IKS terbina. Banyak industri kecil dibina di
luar-luar bandar dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang
|
3
|
Membasmikan
kemiskinan
|
IKS membantu kerajaan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Sumbangan IKS kepada perkembangan industri Negara semakin penting. Kadar pertumbuhan
ekonomi melebihi 8% setahun sejak 1989
|
4
|
Membantu
perkembangan kepakaran tradisional /warisan tradisi
|
Menggalakan perkembangan perusahaan
ukiran, kraf tangan dan industri yang berkaitan. Latihan
kemahiran untuk pengusaha, pekerja dan bakal-bakal pengusaha.
|
5
|
Pemindahan
teknologi
|
Pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat latihan,
khidmat nasihat, kemahiran pekerja
|
6
|
Meningkatkan
jumlah tabungan
|
Kebanyakkan pengusaha IKS menggunakan modal dari sumber
tabungan sendiri. Amalan ini meningkatkan jumlah tabungan penduduk dalam
negara.
|
|
Langkah-langkah
|
|
7
|
Mewujudkan
rantaian
|
Mewujudkan kerjasama lebih erat antara industri besar
dengan IKS. Memindahkan kepakaran, dan bimbingan kepada IKS
|
8
|
Mewujudkan
pasaran
|
Mencari pasaran baru barangan IKS dalam / luar negara
meluaskan pasaran bagi produk IKS khususnya bagi IKS yang
baru.
|
9
|
Menyediakan
tenaga buruh yang mencukupi
|
Latihan untuk menyediakan tenaga kerja bagi keperluan IKS. Penubuhan
institusi latihan dan sekolah-sekolah vokasional
|
10
|
Penggunaan
teknologi
|
Penggunaan teknologi moden dalam proses penghasilan /
pengeluaran produk IKS untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan dan luar
negeri. Berskala besar
|
11
|
Penawaran
insentif / galakan
|
Bantuan: kredit (pinjaman kewangan), bantuan / subsidi Pengecualian
cukai bagi menggalakkan pengeluaran produk IKS. Mengurangkan kos produk,
lebih kompetitif dan dapat bersaing dengan produk di pasaran antara bangsa
|
12
|
Mempelbagai
produk IKS
|
Kepelbagaian produk dapat menjamin kelangsungan sesebuah
IKS untuk terus berada di pasaran.
|
Jawapan: 3 + 2
Skema jawapan
Soalan
8.
Tajuk : Pengangkutan awam dapat memberikan faedah kepada pengguna jalan
raya di Malaysia. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan
perkhidmatan ini. Bincangkan.
Pendahuluan :
Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan
untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai
perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat
baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.
Bil
|
Idea
|
Huraian
|
1.
|
A:
Kebaikan
Menjimatkan
kos / perbelanjaan
|
· Harga tambang yang berpatutan, membolehkan pengguna
pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
· Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan api / minyak, yang harganya semakin
meningkat.
· Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat.
|
2.
|
Mengurangkan
masalah kesesakan lalu lintas
|
· Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
· bilangan kenderaan persendirian terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
· Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
· dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan jumlah
kenderaan di jalan raya.
· Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
terutama di bandar-bandar besar.
|
3.
|
Mengurangkan
kadar kemalangan
|
· Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan dan pada waktu puncak.
· Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta api,
LRT atau monorel, dapat meminimakan kes kemalangan di jalan raya.
|
4.
|
Mewujudkan
interaksi sosial
|
· Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan awam
ke pelbagai destinasi.
· Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
sepanjang perjalanan itu.
· Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim.
|
5.
|
B. Punca kurang berminat
Mutu
perkhidmatan yang tidak memuaskan
|
· Sesetengah pemandu
pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan
pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal
dihadapi oleh mereka.
· Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko
untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi.
· Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan
kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan penumpang tidak selesa.
· Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama,
tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang rosak, menyebabkan
pengguna tidak selesa dan enggan menggunakan perkhidmatan awam.
|
6.
|
Sistem
aliran pengangkutan awam tidak bersepadu
|
· Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri
daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan
monorel
· Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk
meneruskan perjalanan.
· Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua dan
orang kelainan upaya (OKU).
|
7.
|
Risiko
menjadi mangsa jenayah
|
· Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir
pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan keterlaluan, sehingga melakukan
pelbagai jenis jenayah seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau trauma
untuk menggunakan pengangkutan awam.
· Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang.
|
8.
|
Sikap
negatif masyarakat
|
· Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang
menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin.
· Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan
pengangkutan awam.
|
Kesimpulan
Penggunaan perkhidmatan
pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan
mengguna pengangkutan awam.
Pilihan Jawapan : Mana-mana 3 + 2/2+3
Pemarkahan:
Idea : 5
Huraian : 15
Bahasa : 4
Format : 1
Jumlah : 25
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia
mengikut sektor-sektor terpilih bagi tempoh tahun 2005 hingga tahun 2008.
Pelaburan asing bagi
sektor-sektor terpilih di negara ini
menujukkan peningkatan sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2008. Antara sektor
yang terpilih terlibat dalam pelaburan pembangunan di negara ini melalui
pelaburan asing ialah perkilangan, perlombongan, pelancongan dan perhotelan,
pembinaan serta pengangkutan dan perhubungan.
Pada tahun 2005, pelaburan
dalam sektor perkilangan ialah berjumlah RM2668 bilion daripada jumlah
keseluruhan pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini, iaitu RM6514
bilion. Pelaburan sektor ini adalah besar berbanding dengan pelaburan sektor
perlombongan yang berjumlah RM108 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan
pula, menunjukkan nilai pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor
perlombongan sebanyak RM398 bilion. Sektor pembinaan dan sektor pengangkutan
dan perhubungan pula menyumbang pelaburan asing di negara ini sebanyak RM3232
bilion dan 25.56 % daripada jumlah itu adalah pelaburan asing dari sektor
pembinaan.
Bagi tahun 2006 pula,
jumlah pelaburan sektor perkilangan adalah berkurang kepada RM2182 bilion manakala
pelaburan asing dari sektor perlombongan pula menunjukkan peningkatan menjadi
RM120 bilion berbanding dengan nilai pelaburan pada tahun 2005. Pelaburan asing
bagi sektor terpilih di negara ini yang melibatkan sektor pelancongan dan
perhotelan menunjukkan pengurangan sebanyak RM166 bilion berbanding dengan
tahun sebelumnya. Sektor pembinaan serta sektor pengangkutan dan perhubungan
pula, masing-masing menyumbang pelaburan
asing di Malaysia sejumlah RM1120 bilion dan RM1295 bilion.
Bagi tahun 2007, pelaburan
asing bagi sektor perkilangan di Malaysia ialah RM1059 bilion, iaitu lebih
tinggi berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan serta sektor pelancongan
dan perhotelan masing-masing berjumlah RM170 bilion dan RM990 bilion. Sektor
pembinaan pula menyumbang pelaburan sejumlah RM940 bilion daripada jumlah
keseluruhan pada tahun ini, iaitu RM4829 bilion. Selebihnya merupakan pelaburan
untuk sektor pengangkutan dan perhubungan.
Pada tahun 2008, jumlah
pelaburan asing untuk sektor terpilih di Malaysia ialah RM6416 bilion.
Pelaburan daripada sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak RM1096
bilion berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor perlombongan pula meningkat
kepada RM240 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pula berkurangan pelaburannya
kepada R680 bilion berbanding tahun 2007. Sektor pembinaan dan sektor
pengangkutan serta perhubungan pula masing-masing menunjukkan peningkatan
pelaburan kepada RM1227 bilion dan RM2114 bilion pada tahun 2008.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009)
Jawapan : Graf Garis Kompaun / Bar Kompaun
Jadual Persediaan :
Malaysia : Nilai Pelaburan Asing Mengikut Sektor-Sektor Terpilih
bagi Tempoh Tahun 2005 hingga 2008
|
Nilai Pelaburan
Asing (RM / bilion)
|
|||
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
|
Perkilangan
|
2668
|
2182
|
1059
|
2155
|
Perlombongan
|
108
|
120
|
170
|
240
|
Pelancongan dan Perhotelan
|
506
|
340
|
990
|
680
|
Pembinaan
|
826
|
1120
|
940
|
1227
|
Pengangkutan dan perhubungan
|
2406
|
1295
|
1670
|
2114
|
Jumlah
|
6514
|
5057
|
4829
|
6416
|
(Dipetik dan
diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009)
Skala : 1cm = RM 230 bilion atau 1cm = RM 240 bilion
Tajuk : Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat
penting untuk kelestarian hidupan. Jelaskan.
Pendahuluan :
Sudah sampai masanya kita membudayakan penggunaan
teknologi hijau demi memulihara kelangsungan hidupan di muka bumi.
Bil.
|
Idea
|
Huraian
|
|
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU :
|
|
1.
|
Kelestarian hidupan
|
·
Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam.
·
Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
·
Penggunaan segala sumber secara berhemah.
·
Menjamin pengekalan alam semulajadi.
|
2.
|
Pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat
|
·
Teknologi rendah karbon seperti penggunaan solar dan hidro.
·
Pembebasan gas rumah hijau yang rendah.
·
Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.
·
Memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif
pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia.
|
3.
|
Teknologi mesra alam
|
·
Teknologi selamat digunakan.
·
Penggunaan enjin hibrid dan LPG sebagai bahan bakar kenderaan.
·
Menyediakan persekitaran yang sihat.
|
4.
|
Jimat tenaga dan boleh diperbaharui
|
·
Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
·
Membangunkan sumber tenaga alternatif (tenaga solar, angin dan biogas).
·
Banyak inovasi dilaksanakan.
·
Mengembangkan penggunaan enjin hibrid.
·
Pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan tenaga pada tahap optimum
serta mesra alam.
·
Industri tenaga boleh diperbaharui dan sedang dibangunkan oleh Malaysia
seperti industri solar photovoltaic.
|
Bil.
|
Idea
|
Huraian
|
5.
|
Penyelidikan dan Pembangunan
|
·
Membuka ruang kepada para penyelidik untuk meneroka dan memantapkan lagi
penyelidikan.
·
Hasilkan teknologi yang mengurangkan pembaziran sumber.
|
6.
|
Penghasilan produk
|
·
Produk yang bersih dan mesra alam.
·
Sebagai contoh, sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan
(bio-degradable) – mudah reput dan mesra persekitaran.
·
Penghasilan pinggan dan bata berasaskan sekam padi.
·
USM membangunkan beg plastik daripada kulit rambutan.
|
7.
|
Melambatkan proses perubahan cuaca
|
·
Kurang pelepasan gas rumah hijau.
·
Masalah pemanasan global dapat dikurangkan.
·
Bencana alam lain seperti ribut, pencairan ais di kutub, kenaikan paras
air laut dan sebagainya dapat diminimakan.
|
Kesimpulan :
Pembangunan teknologi hijau di
Malaysia sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.
Nota :
1. Pendekatan Menjawab : 4 + 0
2. Semua isi mesti berkaitan Kepentingan
Teknologi Hijau.
Nyatakan tiga kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan kepada negara kita.
Kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah
Kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah
a.
Penghasilan barangan yang kreatif dan inovatif.
b.
Peningkatan produktiviti, cth : MARDI menghasilkan baka
padi yang bermutu tinggi,
c.
berkualiti dan daya tahan yang tinggi terhadap
penyakit.
d.
Mewujudkan tenaga kerja yang berkemampuan untuk
memantapkan hasil P&P.
e.
Memperkukuhkan ekonomi dalam pelbagai bidang.
f.
Meminimakan kos pengeluaran.
Huraikan
dua punca kemusnahan dan perubahan
habitat hidupan marin.
a.
Penerokaan
kawasan pinggir pantai untuk tujuan pembangunan.
b.
Pencemaran
laut -
akibat tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik.
c.
Fenomena
El-Nino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak.
d.
Aktiviti
penangkapan ikan secara berleluasa - penggunaan pukat tunda dan bom.
e.
Ujian
senjata nuklear.
Graf Bar Piramid
MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI
AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH
BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007
Negara-Negara Asal
|
2006 (orang)
|
2007 (orang)
|
||||
IPTA
|
IPTS
|
Jumlah
|
IPTA
|
IPTS
|
Jumlah
|
|
Thailand
|
464
|
480
|
944
|
719
|
429
|
1148
|
Iran
|
736
|
1048
|
1784
|
2049
|
1629
|
3678
|
Indonesia
|
1850
|
5691
|
7541
|
3000
|
5454
|
8454
|
China
|
373
|
6937
|
7310
|
1160
|
5308
|
6468
|
Bangladesh
|
230
|
6287
|
6517
|
309
|
2197
|
2506
|
Jumlah
|
3653
|
20443
|
24096
|
7237
|
15017
|
22254
|
Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
2008.


Nota :
1.
Jawapan hanya graf bar piramid.
2.
Sekiranya tiada perkataan ‘Terpilih’ dalam tajuk - salah tajuk ( 06 m )
3. Sekiranya ‘tahun’ menjadi petunjuk - 01 m
Tajuk :
Perpaduan merupakan pemangkin pembangunan sesebuah negara. Usaha yang
berterusan perlu diambil oleh semua pihak bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu. Bincangkan.
Pendahuluan:
Sebagai sebuah negara berbilang kaum,
perpaduan merupakan agenda penting menentukan keberkesanan usaha membangunkan
negara. Usaha mewujudkan perpaduan merupakan objektif utama dalam konsep
1Malaysia.
BIL
|
ISI
|
HURAIAN ISI
|
1
|
Kepentingan perpaduan:
Menjamin
keamanan dan kestabilan negara
|
Rakyat berasa selamat menjalani kehidupan harian
Bebas melakukan aktiviti tanpa
sekatan
Semua dasar kerajaan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan
Tanpa perpaduan keamanan mudah
tergugat dan ini menimbulkan ketakutan kepada
rakyat seperti yang berlaku di Iraq dan Palestin
|
2
|
Meningkatkan ekonomi negara
|
Imej negara yang aman menarik
pelancong asing
Pelabur asing rasa terjamin dan menambahkan pelaburan
mereka, memberi peluang pekerjaan kepada semua lapisan rakyat
Keadaan yang sebaliknya tidak
menggalakkan pelaburan asing
Kerjasama dgn negara luar
menjadi lebih mudah
|
3
|
Menjamin
kedaulatan bangsa dan negara
|
Perpaduan yang jitu dapat
menangkis ancaman musuh dari dalam dan luar negara
Rakyat tidak mudah diperalatkan
oleh anasir luar, tidak mudah memperkotak-katik keputusan dan dasar negara
Kemerdekaan dapat dikekalkan
|
4.
|
Imej
negara
|
negara
yang aman damai dipandang mulia oleh negara luar.
Akan
wujud rasa hormat dalam kalangan penduduk negara asing.
Masy dunia akan berlumba-lumba untuk datang ke
negara ini
Menambah
kepercayaan masy a/bangsa
|
5
|
Langkah mewujudkan perpaduan
Melalui sistem pendidikan
kebangsaan
|
Sukatan pelajaran
menitik-beratkan semanagt perpaduan; matapelajaran Sejarah dan Sivik
Nilai-nilai murni diterapkan
sejak awal dalam semua matapelajaran terutamanya Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral yang menjadi matapelajaran teras
Aktiviti kokurikulum
menggalakkan kerjasama dalam kalangan pelajar dan meningkatkan jati diri
Mewujudkan Sekolah Wawasan,
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP)
Penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar
|
6
|
Program khas kerajaan
|
Dasar ekonomi Baru (DEB) dibentuk bagi merapatkan
jurang ekonomi antara kaum
Kerajaan berusaha supaya bidang ekonomi tidak
dimonopoli oleh satu kaum sahaja
Kekayaan diagihkan sama rata antara kaum untuk
tidak menimbulkan rasa tidak puas hati
Integrasi wilayah antara negeri dengan kerajaan
pusat, penduduk di wilayah yang jauh/ pendalaman tidak rasa terpinggir
Pelaksanaan PLKN, 1M, MEB adalah bermatlamatkan
peraduan
|
7
|
Aktiviti kemasyarakatan
|
Pelbagai program pemuafakatan
dianjur pada setiap lapisan masyarakat bagi menggalakan interaksi dan
kerjasama
Program pemuafakatan ini dapat
membolehkan masyarakat lebih mengenali antara satu sama lain seterusnya
mengurangkan perbezaan pendapat antara mereka
Penglibatan secara kumpulan
merapatkan hubungan dan meningkatkan lagi pemahaman budaya, cth; program
Rukun Tetangga, gotong-royong, Hari terbuka perayaan
|
8.
|
Acara Sukan
|
|
9.
|
Kempen
|
|
Penutup:
Perpaduan adalah syarat utama dalam
kehidupan yang aman dan harmoni. Justeru, semua rakyat perlu mengutamakan usaha untuk membentuk masyarakat yang bersatu
padu
Subscribe to:
Posts (Atom)