Friday, May 02, 2014

Latihan Karangan

Model Ekonomi Baru (MBE) yang menggantikan Dasar Wawasan Negara menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi. Jelaskan usaha-usaha yang relevan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Pendahuluan
Model Ekonomi Baru (MBE) merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan Malaysia (GTP) dalam usaha kerajaan memantapkan ekonomi negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelbagai langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai cita-cita tersebut.

Usaha-usaha
1. Meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja di Malaysia 
-Melalui penambahbaikan sistem pendidikan, bilangan tenaga kerja mahir negara  boleh ditingkatkan daripada 30% pada masa sekarang kepada 60% menjelang tahun  2020.
-Melalui GTP, bilangan sekolah vokasional, sekolah teknik, politeknik, dan pengajian  lanjutan ditambah dua kali ganda untuk melahirkan tenaga kerja muda berkemahiran.
-Latihan dan kursus kemahiran berterusan mampu menjana pendapatan tambahan  melalui aktiviti reka cipta dan inovasi.
2. Penggunaan sumber ekonomi negara dengan mapan
-Sumber atau modal ekonomi bukan sahaja dari segi wang, tanah dan usahawan  tetapi juga dari segi kebolehan menguasai dan memanipulasi maklumat melalui  media baru. Contoh:- internet.
-Membolehkan rakyat Malaysia bersaing dalam pasaran kerja dan ekonomi global.  Contohnya seperti kejayaan Petronas yang telah membuktikan ekonomi Malaysia  berada di tahap global.
-Kemahiran yang ada pada rakyat Malaysia boleh meningkatkan produktiviti dan  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
-Keluasan tanah untuk aktiviti pertanian pada masa akan datang yang terhad boleh  digantikan dengan tanaman fertigasi yang menjanjikan pulangan tinggi dengan kos  minimum.
3. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing 
-Negara tidak boleh terlalu bergantung kepada buruh asing untuk pembangunan  ekonomi menjelang tahun 2015. Hanya buruh asing yang mahir sahaja diberi  keutamaan untuk bekerja di Malaysia.
-Projek-projek yang beroperasi di negara ini perlu mengutamakan syarikat-syarikat  korporat dan industri tempatan.
-Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk tetapi dapat  mengurangkan masalah sosial yang dicetuskan oleh pekerja-pekerja asing.
4. Mengurangkan kadar jenayah melalui Strategi Lautan Biru
-Strategi ini dicapai melalui kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan  agensi-agensi penguatkuasa undang-undang seperti Angkatan Tentera Malaysia,  Maritim, SPRM dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-Kewujudan ‘Bandar Selamat’ dan bebas jenayah merupakan ciri sebuah negara  berpendapatan tinggi.
-Keamanan dan kejatuhan indeks jenayah secara tidak langsung akan menarik  kemasukan FDI dan DDI (pelaburan asing & tempatan)
5. Kompetensi kakitangan dan sistem penyampaian kerajaan perlu ditingkatkan.
-Memperkasa pembangunan modal insan melalui latihan kemahiran yang berterusan  dalam kalangan penjawat awam.
-Mengurangkan ketirisan dalam sistem penyampaian kerajaan, rasuah dan  penyalahgunaan kuasa melalui pengalaman tadbir urus baik.
-Dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti secara tidak langsung

Kesimpulan
Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia mampu mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Pada masa yang sama rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup dan berpeluang memperoleh pendapatan tinggi.  






No comments:

Post a Comment