Tuesday, February 18, 2014

Cara Mengenal Graf -Bahagian B Semester 2

Pengajian am - pengenalan bahagian D
Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am

BAHAGIAN B
*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003.
Media : graf garis kompaun

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)

MAKLUMAT DALAM SOALAN

1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN
TAJUK MEDIA

*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.
NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA
CARTA PAI
*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor

MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI
*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER
MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF
*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "
*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA
1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

 €

No comments:

Post a Comment