Friday, February 21, 2014

contoh soalan Pengajian Am sem 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera bgi 
semua pmbaca2 blog ini..saya merupakn salah satu
Admin blog ini..dan kami juga diberi tanggungjawab utk post sebarang
artikel berkenaan PENGAJIAN AM..
ok tajuk diatas mngenai sesiapa yg ingin mngambil ulangan
ini salah satu contoh soalan pengajian am..

~ Kuasa mutlak Kerajaan negeri-negeri
~ Kerajaan pusat akur ketetapan kuasa kerajaan negeri-negeri



1.     Penyataan di atas merujuk kepada                                                                                           
A   Kerajaan Persekutuan
            B   Kerajaan Konferderasi
            C   Kerajaan Kesatuan
            D   Kerajaan Monarki

2.     Yang manakah peruntukan yang terkandung dalam Jawatankuasa Perundingan
         Perpaduan Malaysia (JPPM).
         I       menjelaskan tentang cara pembentukan Malaysia
         II     meninjau pandangan rakyat terhadap Malaysia
         III    Sabah dan Sarawak akan diberi kemerdekaan lebih awal
         IV   Perlembagaan mesti dibentuk berteraskan asas peribumi Sabah dan Sarawak
           A  I dan II
           B  I dan IV
           C  II dan III
           D  III dan IV

3.   Yang manakah bertepatan dengan konsep ketertinggian Perlembagaan.
          A   Perlembagaan mempunyai kuasa yang tidak terbatas
          B   Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
          C   Badan kehakiman berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
          D   Perlembagaan hanya boleh dipinda apabila diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong

4.  Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori yang berikut?
       -  Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara
           Persekutuan Tanah Melayu
       -  Orang yang dilahirkan di negara ini  pada 6 Julai 1982
         A   Kuat kuasa undang-undang
         B   Cara Pendaftaran
         C   Cara Kemasukan
         D   Percantuman wilayah

5.  Yang manakah benar mengenai Ketua Audit Negara
        A   Membuat akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri
        B   Berkuasa membuat pindaan atau tambahan ke atas bajet yang diluluskan Parlimen
        C   Pemecatannya melalui Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
        D   Gaji dan saraannya di bawah  kelulusan Majlis Parlimen

6.  Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan kepada Kerajaan Tempatan menggunakan 
     kriteria yang berikut
        A   Panjang jalan raya
        B   Tahap kemajuan
        C   Bilangan penduduk
        D   Pendapatan per kapita penduduk

7.  Yang manakah benar mengenai Kerajaan Tempatan
      I      Mempunyai kuasa menggubal undang-undang kecil
      II     Ahli majlis bagi Majlis Perbandaran dilantik oleh Kerajaan Negeri
      III   Berkuasa menentukan sempadan kawasan sendiri
      IV   Semua kerajaan tempatan ditadbir oleh kerajaan negeri
         A   I dan II
         B   I dan III
         C   II dan IV
         D   III dan IV

8.  Yang manakah merujuk kepada kepentingan tadbir urus yang baik
      I      Daya saing dapat dikurangkan
      II     Pengekalan tahap profesionalisme
      III    Memberi keyakinan kepada pihak pelanggan
      IV    Menjamin peluang pekerjaan yang banyak dapat diwujudkan
          A   I dan II
          B   I dan III
          C   II dan IV
          D   III dan IV

soalan2 diatas telah dicampur dgn semua bab..
dengan harapan agar entry kali ini sdikit sbyk mmberi manfaat pd kita..
itu sahaj dri saya..saya undur dri dahulu..bye  :)
xoxo..

Hasil Nukilan,
Ummu Nabilah (student 6 Bougainvilla)

No comments:

Post a Comment