ESEI PENGAJIAN AM
Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah
seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi
ini dinamakan RUMUS ICU.
Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang
calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan
huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait
diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.
RUMUS ICU
| 
I | 
IDEA
  UTAMA 
Permualaan
  perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam
  Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar
  pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan. 
Idea
  Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar
  idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain. 
ISI
  LANJUTAN. 
Isi
  lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea
  utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja . | 
| 
C | 
CONTOH 
Ayat
  yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang
  dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan
  contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan
  menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan
  tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan
  tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi. | 
| 
U | 
ULASAN 
Ayat
  terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan
  terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat
  atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan. | 
Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan
karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan
sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.
Contoh penggunaan RUMUS ICU.
Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan
yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada
pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung
masalah tersebut. Bincangkan.
Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah
sosial.
| 
Rumus | 
Idea/Huraian | 
Catatan | 
| 
I 
Idea
  Utama 
Idea
  Lanjutan | 
Salah
  satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai
  masalah sosial. 
Ramai pihak
  akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar. | |
| 
C 
Contoh | 
Masalah-masalah
  sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan
  berlaku di kawasan ini. | |
| 
U 
Ulasan | 
Akibatnya,
  gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak
  diatasi. | 
* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa
amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik.
Jika ada kesilapan bahasa sila betulkaN.
 
No comments:
Post a Comment