Tuesday, February 18, 2014

Contoh Soalan Percubaan

PENGAJIAN AM 900/2 –Soalan Percubaan Kelantan
SATU JAM TIGAPULUH MINIT SAHAJA 
_________________________________________________________________________________
Soalan Pengajian Am
Bahagian B
 1. Jawab   satu  soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan mengikut jenisstesen di Semenanjung Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Negara melaluikegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah menemukan beberapa cara yangsesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kaedah wap, diesel, hidro, gas,dan lain-lain.Pada tahun 2006, stesen diesel telah menjana sebanyak 500.5 juta kilowatt (kw) berbanding dengan hanya 416.5 juta kilowatt yang dihasilkan oleh stesen hidro atau 12.1 peratus. Turbin gas pula menjanakan tenaga elektrik paling banyak, iaitu 2 142.7 juta kilowattatau lebih 60 peratus daripada jumlah tenaga elektrik yang telah dijanakan. Jumlah tenagaelektrik yang dijanakan pada tahun 2006 ialah 3 454.7 juta kilowatt.Pada tahun 2007 pula, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan telah meningkat sebanyak 198.5 juta kilowatt berbanding dengan tahun sebelumnya. Stesen diesel menjanakansebanyak 284.3 juta kilowatt lebih rendah sebanyak 219.3 juta kilowatt berbanding denganstesen hidro yang menjanakan tenaga elektrik sebanyak 503.6 juta kilowatt atau 13.8 peratus.Stesen turbin gas menjanakan sebanyak 2 384.6 juta kilowatt daripada keseluruhan jumlahtenaga elektrik pada tahun tersebut.Penjanaan tenaga elektrik semakin meningkat dengan penambahan jumlah stesen eletrik yang dibina. Sebanyak 357.9 juta kilowatt dihasilkan oleh stesen diesel, manakala stesenhidro dan turbin gas masing-masing sebanyak 417.4 juta kilowatt dan 2 669.6 juta kilowatt pada tahun 2008. Stesen-stesen lain menghasilkan 503.1 juta kilowatt sahaja.Pada tahun 2009, penjanaan kuasa melalui stesen hidro meningkat kepada 683 jutakilowatt berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar terus bertambah kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 4 000 juta kilowatt daripadakeseluruhan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun ini iaitu sebanyak 5817 jutakilowatt. Penggunaan sumber-sumber lain bertambah ketara menjadi 667 juta kilowatt padatahun 2009 berbanding 395 juta kilowatt dan 480.7 juta kilowatt pada tahun 2006 dan 2007.
( Dipetik dan diubahsuai daripadaTenaga Nasional Berhad 2010 )





2. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penagih dadah di negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan pengurusan Pusat Serenti pada tahun-tahun yang dilaporkan
Golongan masyarakat yang paling ramai terlibat dengan masalah dadah ialah golongan belia iaitu kira-kira 65 % .Dari peratusan tersebut kaum Melayu merupakan penyumbangyang terbesar.Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan daripada jumlah tersebut 1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada tahun 2010 jumlah penagih dadah di Johor didapati menurun sebanyak 671 orang. Pada dua tahun yang berikutnya bilangan penagih dadah di negeri tersebut semakin menurun iaitu masing-masing berkurang sebanyak 27 orang dan 372 orang berbanding jumlah penagih pada tahun 2010.Pada tahun 2009 bilangan penagih di Kelantan berkurang sebanyak 650 orang berbanding negeri Johor pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan tersebut merosotsebanyak 33 orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2012, bilangannya terusmeningkat sebanyak 395 berbanding tahun 2011 yang berjumlah 1645 orang penagih.Kawalan ketat di Perlis menjadikan jumlah penagih di negeri ini paling kecil, hanyaterdapat 142 orang penagih pada tahun 2010 dan jumlah itu meningkat sebanyak 30 orang berbanding tahun sebelumnya. Jumlah penagih di Perlis menurun sebanyak 109 orangmenjadi 179 orang pada tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2009, bilangan penagih dadah di Sabah berjumlah 1242 orang. Bilanganini bertambah sebanyak 366 orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2012, diunjurkan bilangan penagih di Sabah adalah seramai 1478 orang, iaitu berkurang sebanyak 421 orangdaripada tahun sebelumnya.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengurus pusat-pusatSerenti.Pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38 170 billion untuk tujuan tersebut dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM11 199 billion daripadatahun sebelumnya. Berbanding tahun 2010, jumlah tanggungan kerajaan untuk mengurus pusat serenti telah berkurangan menjadi RM32 525 billion pada tahun berikutnya namunmeningkat kepada RM35 421 billion pada tahun 2012.(
Sumber : Di petik dan diubahsuaikan daripada : Agensi DadahKebangsaan Kementerian Dalam Negeri ,2011 )








Bahagian C 25 (Markah)
 Pilih  satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300hingga 350 patah perkataan.


1.       Sejak akhir-akhir ini media massa sering kali memaparkan tentang kegiatan pemerdagangan manusia yang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.Kegiatan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif. Huraikan.2.

2.       Kesesakan lalulintas sentiasa menjadi isu utama di Bandar-bandar besar terutama di waktu kemuncak. Amalan berkongsi kereta merupakan salah satu usaha untuk mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha lain boleh dijalankan.Bincangkan.



No comments:

Post a Comment