1.Jangkitan
penyakit di kalangan kanak kanak dan langkah langkah mengawalnya
Jangkitan penyakit berjangkit di
kalangan kanak kanak semakin meningkat.pelbagai pihak seperti NGO haruslah
bekerjasama membantu negara-negara yang sedang menghadapi permasalahan ini
terutama di negara-negara mundur.
| 
bil | 
             idea | 
                      Huraian | 
| 
1 | 
. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran
  kotor. | 
Di negara-negara mundur, penjagaan kebersihan
  diri dan persekitaran tidak diamalkan. Sumber air yang digunakan mungkin
  tidak bersih manakala persekitaran tempat tinggal kotor dan tidak terurus.
  Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri akan mudah menghidap penyakit
  seperti malaria, taun dan penyakit kulit.. | 
| 
2 | 
Kekurangan kemudahan perubatan dan kepakaran | 
Kemudahan kesihatan yang lapuk dan kekurangan
  pakar perubatan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat rawatan yang sempurna.
  Kanak-kanak yang tidak diberi rawatan segera mudah dijangkiti penyakit
  berjangkit. | 
| 
3 | 
 Memberi suntikan imunisasi bagi
  penyakit-penyakit tertentu kepada kanak-kanak | 
 Di negara-negara mundur, kebanyakan
  penduduknya miskin. Oleh itu, suntikan imunisasi percuma hendaklah diberikan
  kepada kanak-kanak. Negara-negara maju khususnya yang mengeluarkan vaksin
  pencegahan hendaklah membantu. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
  melalui pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya hendaklah membekalkan
  vaksin dan ubat-ubatan dengan harga yang lebih murah kepada negara-negara
  miskin. | 
| 
4 | 
. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri. | 
Kesedaran harus ditanam dalam diri setiap
  penduduk agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Kebersihan yang
  merangkumi kebersihan diri, rumah dan kawasan penempatan mestilah ditekankan.
  Sistem pengairan, pembuangan sampah sarap dan sistem pembentungan mestilah
  dilakukan dengan sistematik. Kesedaran kebersihan perlu disemai kepada
  penduduk sejak kecil, terutamanya melalui pendidikan. | 
| 
5 | 
Menyediakan kemudahan perubatan dan kepakaran | 
Negara-negara maju hendaklah membantu negara
  miskin dengan membantu menyediakan kemudahan perubatan moden. Pertubuhan
  Bangsa-bangsa Bersatu melalui WHO juga perlu menghantar pakar perubatan ke
  negara-negara miskin bagi memberi rawatan kepada kanak-kanak di negara
  berkenaan. | 
Penutup:Kesimpulannya taraf kesihatan di
negara-negara mundur haruslah ditingkatkan dan kempen kesedaran tentang
pentingnya kebersihan dan kesihatan diri dikalangan kanak kanak diperluaskan
melalui media massa
__________________________________________________________
                                                                                                                        VSLSP
2.                     Nuklear biasanya dikaitkan
dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam
bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.
Pengenalan:
  Kini, persepsi orang ramai terhadap
nuklear telah berubah daripada hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini.
Hasil penyelidikan pakar-pakar ini membuktikan bahawa tenaga nuklear ini mempunyai kebaikan.
| 
BIL | 
IDEA | 
HURAIAN/CONTOH | 
| 
1 | 
Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan. | 
·        
  Alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk
  membuat diagnosis penyakit. 
·        
  Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser. 
·        
  Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak. 
·        
  Pensterian alatan perubatan lebih sempurna. 
·        
  Taraf kesihatan manusia akan meningkat jika tenaga
  nuklear ini digunakan. | 
| 
2 | 
Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian. | 
·        
  Untuk mengesan pengambilan baja oleh
  tubuh-tumbuhan. 
·        
  Sinaran gamma pula dapt memandulkan serangga
  perosak. 
·        
  Hal ini akan mengurangkan bilangan serangga perosak. 
·        
  Fosforus-32 dapat mengkaji resapan nutrien dalam
  tumbuhan 
·        
  Penanaman pertanian akan bertambah baik jika
  menggunakan tenaga nuklear. | 
| 
3 | 
Tenaga nuklear penting dalam sektor perindustrian. | 
·        
  Radioisotop Iodin dapat mengesan kebocoran paip di
  bawah tanah. 
·        
  Pengawalan ketebalan dan sambungan paip. 
·        
  Dapat mengukur kehausan enjin. 
·        
  Alat komunikasi canggih seperti satelit dan
  internet turut memerlukan teknologi ini. 
·        
  Melalui satelit dan internet, komunikasi hanya di
  hujung jari. Hal ini akan meningkatkan kemajuan negara. | 
| 
4 | 
Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang
  baik. | 
·        
  Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah
  daripada petroleum. 
·        
  Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas. 
·        
  Industri berat dapat dijalankan. 
·        
  Dapat menghasilkan tenaga elektrik menggunakan
  penjanaan kuasa. 
·        
  Pengguna tenaga ini dapat mengurangkan kos
  kehidupan di negara kita. | 
| 
5 | 
Tenaga nuklear dapat menentukan umur bahan purba. | 
·        
  teknik ini dinamakan “Pentarikhan Karbon”. 
·        
  Penggunaan bahan Karbon-14 dapat menentukan usia
  bahan purba. 
·        
  Tenaga ini dapat memudahkan kerja arkeologi. 
·        
  Dapat mempercepatkan kerja di bahagian arkeologi. 
·        
  Bertambah banyak artifak-artifak sejarah yang
  dapat ditarikhkan dengan tepat. | 
Penutup:        Kesimpulannya, penggunaan tenaga nuklear
ini mempunyai banyak kebaikan yang kita peroleh.
Pengguna tenaga ini secara meluas akan dapat membuka atau masyarakat bahawa
penggunaan tenaga ini dapat mengurangkan kos hidup dan dapat memajukan negara.
3.“Haruan makan
anak”.
Antara
peribahasa Melayu yang  sangat relevan
dengan kejadian jenayah sumbang mahram di Malaysia kini. Bincangkan
faktor-faktor yang mendorong berlakunya jenayah ini serta cadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya. 
Pengenalan:
Sumbang mahram
ialah jenayah sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini.
Datuk, ayah dan abang kandung sanggup menodai kaum keluarganya sendiri
semata-mata kerana nafsu serakah yang tidak terbatas.
Butiran:
| 
Bil. | 
Isi/idea | 
Huraian
   | 
| 
1 | 
Faktor
  pendorong 
Kurang
  pengetahuan agama | 
·       
  Pengetahuan yang cetek menyebabkan tidak dapat
  membezakan antara baik dengan buruk 
·       
  Mudah hilang kawalan diri akibat godaan nafsu | 
| 
2 | 
Pengaruh
  media massa | 
·       
  Bahan bercetak seperti majalah, novel berunsur
  lucah /seks mudah didapati di pasaran 
·       
  Pemaparan cerita berunsur seks/lucah oleh
  televisyen 
·       
  Penjualan VCD lucah cetak rompak secara berleluasa
  dan mudah didapati 
·       
  Penyebaran melalui intenet, handphone secara
  keterlaluan terutama dalam kalangan remaja. | 
| 
3 | 
Keadaan
  persekitaran | 
·       
  Rumah bersaiz kecil, mempunyai hanya satu bilik,
  tiada ruang tidur yang sesuai 
·       
  Kemiskinan ibu bapa menyebabkan mereka keluar
  mencari rezki, terutama peneroka 
·       
  Tiada kawalan semasa menonton terutama
  cerita-cerita lucah mempengaruhi tingkah laku anak-anak 
·       
  Keadaan masyarakat yang tidak ambil peduli/ambil
  tahu kehidupan orang lain | 
| 
4 | 
Langkah mengatasi 
Hukuman
  lebih berat | 
·        
  Hukuman penjara kepada pesalah seumur hidup atau
  mandatori 
·        
  Hukuman rotan perlu sebagai pengajaran dan memberi
  kesedaran kepada orang ramai/pesalah 
·        
    | 
| 
5 | 
Kempen
  kesedaran | 
·        
  Pendedahan perlu diberikan kepada semua pihak
  terutama remaja perempuan tentang batas-batas pergaulan 
·        
  Boleh dilaksanakan melalui pelbagai sumber seperti
  media cetak, elektronik | 
| 
6 | 
Pendidikan
   | 
·        
  Didikan moral/agama secara formal di sekolah dapat
  memberi pendedahan kepada remaja berkaitan larangan dalam pergaulan 
·        
  Didikan tak formal di rumah sebagai benteng
  menghalang berlaku masalah moral  | 
| 
7 | 
Kaunseling
   | 
·        
  Dapat memberi kesedaran kepada mangsa supaya tidak
  mengulangi perbuatan yang sama 
·        
  Berupaya memberi/membina kekuatan dalaman supaya
  hidup lebih bermakna  | 
Masalah sumbang
mahram merupakan satu masalah social yang agak sukar untuk dibenteras. Kerja
sama semua pihak berupaya engurangkan gejala yang tidak bermoral ini.
Pemarkahan:
pilih mana-mana 2+2
___________________________________________________________________________
4.Sejak
kebelakangan ini, kemalangan di tempat kerja seperti kilang dan tapak pembinaan
sering berlaku seperti kebocoran gas beracun, kebakaran, kecederaan  serta mengorbankan nyawa pekerja. 
Ada pendapat
mengatakan bahawa, penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu  langkah yang berkesan  membendung masalah ini. Bincangkan.
Pengenalan: 
Kita sering
terbaca di akhbar-akhbar isu yang berkaitan dengan kemalangan tempat kerja yang
semakin hari semakin membimbangkan banyak pihak. Pelbagai langkah yang sesuai
perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kehilangan nyawa atau keupayaan seseorang
perkerja yang mungkin akan membawa kerugian kepada banyak pihak.
| 
Bil. | 
Isi/idea | 
Huraian
   | 
| 
1 | 
Penguatkuasaan
  undang- 
Undang | 
·       
  Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Kesihatan
  Pekerja 1994 dikuatkuasa sepenuhnya 
·       
  Mana-mana kilang yang terdedah kepada ancaman
  kebakaran, kebocoran gas/bahan toksit wajib menyediakan panduan keselamatan,
  sistem pengesanan, pencegahan serta amaran kebocoran yang canggih perlu
  disediakan. 
·       
  Bertujuan untuk mewujudkan kawasan kerja yang
  selamat 
·       
   Jabatan
  Kilang dan Jentera perlu membuat serbuan mengejut 
·       
  Hukuman penjaran, gantung lesen operasi,
  dilaksanakan ke atas mana-mana majikan yang engkar | 
| 
2 | 
Cara
  lain 
Keselamatan  tempat 
 Kerja | 
·       
  Tempat kerja perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan
  bagi mengurangkan risiko kemalangan 
·       
  Susunan peralatan yang teratur, kemas, selamat 
·       
  Pastikan peralatan keselamatan disediakan dan
  dapat berfungsi dengan baik | 
| 
3 | 
Penyeliaan
  tapak | 
·       
  Penyelia perlu dilantik dari yang berpengalaman,
  mahir dan bertanggungjawab seperti jututera perunding/arkitek  
·       
  Sentiasa memastikan peraturan keselamatan tempat
  kerja dipatuhi oleh pekerja 
·       
  Pengawalan ketat prosedur operasi kerja di
  kilang  perlu dilakukan setiap masa | 
| 
4 | 
Peranan
  pekerja sendiri | 
·       
  Kesedaran tentang keselematan semasa bekerja,
  bertugas perlu juga diberi perhatian.  
·       
  Sentiasa berwaspada  serta mengikis sikap cuai semasa bekerja
  dengan mengutamakan langkah2 keselamatan 
·       
  Perlu memahami tatacara operasi sesuatu
  mesin/jentera 
·       
  Tidak bekerja dalam keadaan mengangtuk, letih | 
| 
5 | 
Kemahiran/pengelaman | 
·       
  Pembahagian pekerjaan/bahagian perlu mengikut
  kemahiran sesoarng pekerja 
·       
  Pekerja yang berpengalaman/lama boleh ditempatkan
  di bahagian yang lebih rumut/bahaya, manakala pekerja baru perlu
  mengendalikan kerja-kerja ringan/kurang risiko 
·       
  Latihan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa
  bagi menambah kemahiran/kecekapan kakitangan terutama bagi yang melibatkan
  mesin/jentera berat. | 
| 
6 | 
Peranan
  Badan  kerajaan | 
·       
  Diuruskan olen Institut Keselamatan dan Kesihatan
  Pekerja Negara (NIOSH) 
·       
  Memastikan segala undang-undang dan peratauran
  yang berkaitan dengan keselamatan dipatuhi sepenuhnya sama ada oleh majikan
  ataupun pekerja 
·       
  Memastikan persekitaran kerja sihat dan selamat
  kepada semua dengan membangunkan budaya kerja yang selamat, dengan
  menganjurkan latihan 
·       
  PBT memastikan setiap projek disertakan dengan
  plan keselamatan dan kecemasan sebelum meluluskan sesuatu projek, sentiasa
  melakukan rondaan kawasan tempat kerja | 
| 
7 | 
Peralatan/jentera | 
·       
  Peralatan yang digunakan perlu diselenggarakan
  secara berkala oleh pihak majikan 
·       
  Latihan kepada pengendali perlu dipertingkatkan
  secara berterusan 
·       
  Hanya mereka yang benar-benar mahir diberi tugas
  mengendali | 
| 
8 | 
Kempen
  kesedaran | 
·       
  Tempat kerja perlu dilengkapi dengan ungkapan
  peringatan kepada pekerja seperti, ‘kawasan licin’, kawasan bahaya’, ‘sila
  pakai topi/kasut/kaca mata dll’ 
·       
  Latihan kecemasan perlu dilaksanakan darimasa ke
  semasa | 
Keselamatan di
tempat kerja perlu kepada kerjasama semua pihak seperti kerajaan, majikan, dan
juga pekerja itu sendiri. Sekiranya pihak ini memahami tanggungjawab dan
peranan masing-masing, masalah ini berupaya dapat dikurangkan.
Pemarkahan:
pilih mana-mana 4 idea (idea 1 wajib)
_________________________________________________________________________
5.Kesedaran
masyarakat telah mendorong permintaan yang tinggi terhadap hasil keluaran
pertanian organik sehingga menggalakkan 
kepada pembukaan ladang-ladang baru secara besar-besaran. 
Bincangkan
rasional kerajaan menggalakan pertanian ini serta langkah-langkah untuk
mempergiatkan lagi perkembangannya.  
Pengenalan:
Pertanian
organik
adalah sistem  pertanian yang
menggunakan  bahan-bahan semulajadi  tanpa menggunakan bahan kimia sintetis.
Beberapa tanaman  yang berpotensi untuk
dikembangkan dengan teknik ini adalah padi, tanaman horticulture, sayuran dan
buah (contohnya: brokoli, kubis  dll.),
tanaman perkebunan (kopi, teh, kelapa, dll.), dan rempah-rempah.  
Isi/idea
| 
Bil. | 
Isi/idea | 
Huraian
   | 
| 
1 | 
Rasional
   
Pencemaran
  alam sekitar | Faedah kepada alam sekitar dan pekerja 
·       
  Kegiatan pertanian moden hari banyak menggunakan
  bahan kimia spt baja, racun kimia dengan skala yang besar semata-mata untuk
  meningkatkan pengeluaran 
·       
  Menjejaskan bekalan air bersih, hidupan air mati,
  tumbuhan, serangga turut tercemar/mati 
·       
  Sebahagian petani tidak mematuhi kod etika
  penggunaan bahan kimi mengiku ketetapan yang menyebabkan pengguna terdedah
  kepada ancaman kesihatan.  
·       
   Perladangan 
  organik adalah penyelesaian kepada masalah ini kerana tidak
  menggunakan  baja/ racun perosak kimia
  dilarang. 
·       
  Alam sekitar bersih, selamat berupaya diwujudkan 
·       
  Secara 
  langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan
  di kalangan pengusaha dan pekerja dapat dielakkan | 
| 
2 | 
Pemanasan
  global | 
·        
  Pertanian ini telah
  menyebabkan pembukaan kawasan baru, cth: Cameron highland  
·        
  Baki dari semburan
  racun, baja terampai di udara – peningkatan gas rumah hijau, menipiskan
  lapisan ozon 
·        
  Pertanian  organik adalah penyelesaian kepada masalah
  ini karena mengandung prinsip menjaga ekosistem. 
·        
   Mulai dari penyediaan tapak/tanah,
  penggunaan air, benih, pengendalian perosak, penjagaan dan pengolahan hasil
  lebih mesra alam dan lingkungan sekitarnya. 
·        
  Makanan diperoleh melalui ekologi suatu
  lingkungan,  contoh, tanaman memerlukan
  tanah yang subur, haiwan memerlukan ekosistem peternakan, ikan dan organisme
  laut mememerlukan lingkungan perairan. Wujud salin pergantungan antara satu
  sama lain. | 
| 
3 | 
Hakisan
  tanah/runtuh | 
·        
  Pembersihan kawasan
  pertanian menyebabkan tanah runtuh/hakisan akan merosakkan persekitaran,
  mengancam nyawa hidupan 
·        
  Berlaku perubahan
  lanskape permukaan bumi. 
·        
  Pertanian organik disesuaikan
  dengan keadaan ekologi sekitar. Bahan buangan 
  digunakan semula secara efisien untuk memelihara, meningkatkan kualiti
  dan melindungi sumber alam.  
·        
  Pertanian organik mencapai keseimbangan ekologis
  melalui pola sistem pertanian, membangun habitat, pemeliharaan keragaman
  genetik dan pertanian. Masalah tanah runtuh/hakis tak berlaku | 
| 
4 | 
Keracunan
  makanan/  
Menjejaskan
  kesihatan | 
·        
  Penggunaan racun tanpa kawalan menyebabkan
  sebahagian masih kekal dalam hasil pertanian, produk yang banyak racun 
·        
  Boleh mendatangkan keracunan, sakit perut,
  muntah-muntah dll 
·        
  Produk ganik tidak mengandungi sisa-sisa kimia
  yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia. 
·        
  Lebih selamat diguna akan terus menjadi pilihan
  pengguna, walaupun dijual dengan harga yang mahal sedikit 
·        
  Pertanian 
  organik  perlu dilakukan
  pengelolaan yang berhati-hati dan bertanggungjawab melindungi kesihatan dan
  kesejahteraan manusia masa kini dan 
  masa depan. 
·       
  Mengingat hal tersebut, maka harus dihindari
  penggunaan pestisida, ubat-ubatan bagi ternakan dan bahan aditif makanan
  yang  merugikan kesihatan. | 
| 
5 | 
Perbelanjaan
  semakin 
 bertambah. | 
·        
  baja/racun yang digunakan, mengikut  metode kimia  dijual 
  harga mahal kepada petani .  
·        
  banyak mendatangkan masalah kepada petani. Banyak timbul
  perdebatan 
·        
  kaedah organik berjaya selesaikan masalah dengan
  penggunaan bahan terbuang/sedia ada diproses semula menghasilkan baja mesra
  alam 
·        
  mengatasi masalah bahan buangan secara
  besar-besaran, harga lebih murah.  | 
| 
 6 | 
Kualiti
   | 
·       
  Pertanian  hari ini banyak menggunakan bahan kimia,
  menyebabkan hasil kurang  khasiat,
  kemanisan, warna walaupun cantik dari segi luaran.  
·       
  Bahan
  kimia berlebihan menyebabkan cepat basi, busuk 
·       
  Pertanian organik 
  menghasilkan  bekalan berkualiti
  baik, 
  kaya nutrisi
  kerana diusaha/ternak   dalam  habitat yang sesuai dengan sifat-sifat asal
  yang terjamin. 
·       
  Menghasilkan makanan bermutu tinggi, bergizi yang
  mendukung pemeliharaan kesihatan dan kesejahteraan. 
·       
    | 
| 
6 | 
Usaha
  memajukan 
Penyelidikan
  & 
 Pembangunan 
  (P&P) | 
·       
  Penghasilan
  bijih benih yang sesuai dengan cara penanaman, penggunaan baja ciptaan Mardi,
  PORIM, RRIM 
·       
  Penghasilan
  baja/bahan makanan yang sesuai dari bahan buangan seperti daun, batang
  mengurangkan pencemaran dan menjimatkan belanja  
·       
  Bahan
  makan ternakan seperti M-8 PenggemukTernak kaya dengan pelbagai  vitamin tambahan untuk meningkatkan proses
  pencernaan, kesihatan dan produktiviti ternakan. | 
| 
7 | 
latihan
   | 
·       
  Petani
  diberi latihan secara khusus dalam pengurusan ladang dari cara tanaman,
  pembajaan, mengatasi perosak serta tuai hasil, penggunaan jentera yang sesuai 
·       
  Banyak
  disediakan oleh MARDI, Jabatan Pertanian, FAMA | 
| 
8 | 
Pengiktirafan
  kerajaan | 
·       
  Hasil dari ladang organik  diberi pengiiktiran /pensijilan Organik
  Malaysia boleh dilabelkan sebagai produk organik dijual pada  harga yang setimpal. 
·       
  Banyak didapati dijual dipasaraya dengan logo
  khas.  | 
Pertanian
organik harus mampu mencegah terjadinya resiko merugikan dengan menerapkan
teknologi tepat guna dan menolak teknologi yang tak dapat diramalkan akibatnya,
seperti teknologi genetik (genetic engineering). Pengolahan pertanian organik
didasarkan pada prinsip kesihatan, ekologi, keadilan, dan perlindungan yang
melibatkan kelestarian dan peningkatan kesihatan tanah, tanaman, haiwan, bumi,
dan manusia sebagai satu kesatuan karana semua komponen tersebut saling
berhubungan dan tidak terpisahkan. 
Pemarkahan;
2+2
Perhatian:
Bagi menjawab
bahagian Rasional: calon perlu kemukakan permasalahan dalam pertanian hari ini,
kemudian disusuli dengan pertanian organic sebagai langkah penyelesaian masalah
berkenaan. Tanpa membincang permasalahan, calon tak menjawab soalan (TR).
Fahami skema secara detail.
 
No comments:
Post a Comment