Mengetahui
sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana mengatasinya.
Kira-kira
30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari
ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih dari
RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!
Ini
hanyalah akibat inflasi! Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi
berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak
diawasi. Namun begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita
boleh mengatasinya ?
Apakah Inflasi ?
Inflasi
ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk
produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan
dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki
akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.
Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai
contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05
selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
Apakah Indeks Harga
Pengguna (IHP) ?
Indeks
Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan
pengguna khusus (60% bandar, 40% luar bandar) untuk membeli satu “bakul” yang
mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu.
Barang-barang yang terdapat di dalam “bakul” tersebut boleh dikumpulkan kepada
berikut:
o
Makanan dan minuman
tidak beralkohol
o
Minuman beralkohol
dan tembakau
o
Pakaian dan kasut
o
Perumahan, bekalan
air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
o
Perabot, peralatan
isirumah, rutin penyenggaraan isirumah
o
Kesihatan
o
Pengangkutan
o
Komunikasi
o
Perkhidmatan-perkhidmatan
rekreasi dan budaya
o
Pendidikan
o
Restoran-restoran
dan hotel-hotel
o
Pelbagai barangan
dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun,
anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak
menggambarkan kadar inflasi anda, terutamanya apabila corak perbelanjaan anda
banyak berbeza daripada pengguna-pengguna bandar biasa. pada kebanyakan masa,
kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk
bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat
kebangsaan.
Apakah Sebab-sebab
Berlakunya Inflasi ?
Dua
sebab umum berlakunya inflasi adalah:
Permintaan tinggi, bekalan rendah
o
Jikalau permintaan
meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan
terpaksa naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya
berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar
terlalu sikit barangan”.
Peningkatan dalam kos pengeluaran
o
Apabila harga bahan
mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan
syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga
berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana
syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.
Apakah Kesan-kesan
Inflasi ?
o
Inflasi boleh
dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih
rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu
meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang
paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan
kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap
hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut
menaik.
Contoh:
o
Pada tahun 1978 (30
tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat
orang.
o
Pada tahun 2008,
RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
o
Pada tahun 2028 (20
tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari
untuk keluarga berempat orang.
Dengan
memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan
dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada
kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan nominal menolak kadar inflasi.
Oleh demikian, wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan mengurang
nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.
Contoh:
o
Kadar inflasi tetap
12 bulan = 4%
o
Kadar inflasi
(peringkat peribadi) = 6%
o
Pulangan benar
daripada pelaburan = 4%
– 6%
= -2%
Bagaimanakah Kita
Boleh Mengatasi Inflasi ?
o
Setelah mengetahui
bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik,
pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka
daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara
bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi:
Mendapat pulangan
yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
o
Untuk melindungi
simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik
adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar
inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi
dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan
kesan-kesan inflasi.
Mengekalkan
kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda.
o
Sebuah portfolio
seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekuriti pasaran
wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini
disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara
pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu, kepelbagaian tidak dapat
melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.
Mengurangkan
pemegangan wang tunai yang banyak.
o
Walaupun anda
mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpankannya di dalam
simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi.
Sebaliknya, pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk
memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60
peratus ekuiti dan 40 peratus bon) untuk mendapatkan pulangan diselaraskan
inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
Melabur di dalam
sektor-sektor yang berdaya tahan.
o
Semasa keadaan
pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor
berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi.
Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga
diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan
atau semasa inflasi menaik.
Menguruskan hutang
anda.
o
Mengurangkan hutang
anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan
inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah
yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah
sedang meningkat.
No comments:
Post a Comment