Jangkitan penyakit berjangkit di
kalangan kanak kanak semakin meningkat.pelbagai pihak seperti NGO haruslah
bekerjasama membantu negara-negara yang sedang menghadapi permasalahan ini
terutama di negara-negara mundur.
bil
|
idea
|
huraian
|
1
|
. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran
kotor.
|
Di negara-negara mundur, penjagaan kebersihan
diri dan persekitaran tidak diamalkan. Sumber air yang digunakan mungkin
tidak bersih manakala persekitaran tempat tinggal kotor dan tidak terurus.
Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri akan mudah menghidap penyakit
seperti malaria, taun dan penyakit kulit..
|
2
|
Kekurangan kemudahan perubatan dan kepakaran
|
Kemudahan kesihatan yang lapuk dan kekurangan
pakar perubatan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Kanak-kanak yang tidak diberi rawatan segera mudah dijangkiti penyakit
berjangkit.
|
3
|
Memberi suntikan imunisasi bagi
penyakit-penyakit tertentu kepada kanak-kanak
|
Di negara-negara mundur, kebanyakan
penduduknya miskin. Oleh itu, suntikan imunisasi percuma hendaklah diberikan
kepada kanak-kanak. Negara-negara maju khususnya yang mengeluarkan vaksin
pencegahan hendaklah membantu. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
melalui pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya hendaklah membekalkan
vaksin dan ubat-ubatan dengan harga yang lebih murah kepada negara-negara
miskin.
|
4
|
. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
|
Kesedaran harus ditanam dalam diri setiap
penduduk agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Kebersihan yang
merangkumi kebersihan diri, rumah dan kawasan penempatan mestilah ditekankan.
Sistem pengairan, pembuangan sampah sarap dan sistem pembentungan mestilah
dilakukan dengan sistematik. Kesedaran kebersihan perlu disemai kepada
penduduk sejak kecil, terutamanya melalui pendidikan.
|
5
|
Menyediakan kemudahan perubatan dan kepakaran
|
Negara-negara maju hendaklah membantu negara
miskin dengan membantu menyediakan kemudahan perubatan moden. Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu melalui WHO juga perlu menghantar pakar perubatan ke
negara-negara miskin bagi memberi rawatan kepada kanak-kanak di negara
berkenaan.
|
Penutup:
Kesimpulannya taraf kesihatan di
negara-negara mundur haruslah ditingkatkan dan kempen kesedaran tentang
pentingnya kebersihan dan kesihatan diri dikalangan kanak kanak diperluaskan
melalui media massa
No comments:
Post a Comment