Monday, March 03, 2014
KARANGAN - PRACTICE MAKES PERFECT
Contoh Soalan:
1. Model Baru Ekonomi ( MBE ) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru menjadi pemacu utama ekonomi negara Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Jelaskan langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.
Cadangan Jawapan : Skema 5 + 0
Pendahuluan
H1 – Model Ekonomi Baru ( MBE ) merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan Malaysia (GTP) dalam usaha kerajaan memantapkan ekonomi negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
H2 – Pelbagai langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai cita-cita tersebut.
Idea 1 Meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja di Malaysia.
H1 – Melalui penambahbaikan sistem pendidikan, tenaga kerja mahir negara boleh ditingkatkan daripada 30 peratus pada masa sekarang kepada 60 peratus menjelang tahun 2020.
H2 – Melalui GTP, bilangan sekolah Vokasional, sekolah teknik, politeknik dan pengajian lanjutan ditambah dua kali ganda.
H3 – Latihan dan kursus kemahiran berterusan mampu menjana pendapatan tambahan melalui reka cipta dan inovasi.
Idea 2 Penggunaan sumber ekonomi yang berdaya saing
H1 – Sumber atau modal dalam ekonomi bukan dalam bentuk wang, tanah dan ushawan sahaja tetapi kebolehan menguasai dan memanipulasi maklumat melalui media baru seperti internet membolehkan rakyat Malaysia bersaing dalam pasaran ekonomi global, seperti kejayaan Petronas.
H2 – Kebolehan rakyat Malaysia menentukan peningkatan produktiviti dan peningkatan ketara dalam Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bermakna peningkatan pendapatan empat hingga lima kali ganda menjelang tahun 2020.
H3 – Misalnya keluasan tanah untuk aktiviti pertanian pada masa akan datang cukup terhad boleh digantikan tanam fertigasi yang menjanjikan pulang tinggi dengan kos yang minima.
Idea 3 Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing
H1 – menjelang tahun 2015 hanya buruh mahir asing sahaja diberi keutamaan untuk bekerja di Malaysia.
H2 – Syarikat-syarikat koprat dan kilang-kilang yang beroperasi di negara kita mengutamakan rakyat tempatan. Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan tetapi mengurang masalah social yang dicetuskan oleh pekerja-pekerja asing.
Idea 4 Mengurang kadar jenayah melalui Strategi Lautan Biru
H1 – Strategi ini dicapai melalui kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan lain-lain agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Angkatan Tentera Malaysia, Maritim, SPRM, Pihak Berkuasa Tempatan.
H2 – Kewujudan Bandar selamat dan bebas jenayah adalah ciri sebuah Negara berpendapatan tinggi.
Idea 5 Kompetensi sistem penyampaian kerajaan
H1 – Memperkasa modal pembangunan insan melalui latihan kemahiran yang berterusan dalam kalangan penjawat awam.
H2 – mengurangan ketirisan dalam sistem penyampaian kerajaan, rasuan dan penyalahgunaan kuasa.
Kesimpulan
H1 – Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia mampu mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju dan yang rakyat menikmati kesejahteraan hidup, keamanan, bebas jenayah dan berpendapatan tinggi. “ Tanyalah apa sumbangan anda kepada negara dan jadilah seorang warganegara yang baik.”
Hasil Nukilan,
Eliza Goldwyn
6ABGVL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment