Wednesday, March 05, 2014

BAHAN BACAAN UNTUK ESEI

Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu.

1. Kepimpinan
•             Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti.
•             Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
•             Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
•             Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang “cakap tidak serupa bikin”.
•             Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
•             Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.

2. Sistem dan Prosedur
•             Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
•             Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
•             Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.
•             Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
•             Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat dalam kalangan petugas.
•             Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih.
•             Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program.
•             Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan.
•             Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam sesetengah undang-undang.

3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
•             Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.
•             Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
•             Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru.
•             Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.
•             Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran.
•             Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan baik.
•             Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab.
•             Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan tidak sempurna.
•             Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain juga boleh menjejaskan integriti.
•             Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain menyebarkan nilai-nilai sebaliknya.
•             Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
•             Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.

4. Budaya
•             Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.
•             Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
•             Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
•             Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
•             Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
•             Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.
•             Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau menegurapabila melihat sesuatu kesalahan berlaku.
•             Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca keengganan tersebut.
•             Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan.
•             Maka timbullah sikap dan amalan ’angguk’ dan ‘ampu’ lebih-lebih lagi terhadap pemimpin.

5. Individu

•             Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
•             Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk salah laku.
•             Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
•             Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.
•             Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri adalah lemah.


No comments:

Post a Comment