Tuesday, March 18, 2014
PENGAJIAN AM SEMESTER 2 - DASAR NEGARA
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
Latar Belakang
Diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohammad pada tahun 1983.
Tidak mendapat kerjasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta.
Berlaku persaingan dan perang saraf antara sektor swasta dan sektor kerajaan.
Kekayaan sektor swasta bererti kekayaan negara.
Matlamat dan Cita-cita
Mewujudkan kerjasama dan saling bantu-membantu antara sektor awam dan sektor swasta.
Sektor awam membantu menjayakan rancangan-rancangan dan projek-projek sektor swasta.
Kerajaan mendapat keuntungan dengan mengutip cukai korporat yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat yang berjaya.
Strategi dan Pelaksanaan
Mengadakan ceramah-ceramah untuk pegawai-pegawai kerajaan.
Melalui penerangan dan iklan-iklan seperti di radio dan televisyen untuk menyampaikan pandangan dan penjelasan mengenai kebaikan yang boleh diperoleh melalui dasar ini.
Menghantar surat pekeliling kepada semua ketua jabatan tentang dasar tersebut.
Kerajaan menubuhkan sebuah Panel Perundingan di setiap daerah untuk mendengar masalah-masalah dan cadangan-cadangan daripada pihak swasta.
Program menghantar pegawai kerajaan bekerja selama 6-12 bulan di sektor swasta untuk mengetahui dan memahami cara-cara bekerja di sektor tersebut.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
Dasar ini telah menimbulkan kesedaran kedua-dua pihak tentang perlunya kerjasama antara mereka.
Sektor swasta telah mendapat layanan yang lebih baik berbanding dahulu.
Sepatutnya tidak banyak syarikat yang gagal kerana masalah kelambatan sektor awam mengendalikan dan memproseskan permohonan boleh diatasi.
DASAR PENSWASTAAN NEGARA
Objektif dasar ini ialah:
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Mengagih sumber secara cekap
Mempercepatkan objektif mewujudkan golongan peniaga Bumiputera
Menpercepatkan pencapaian DEB
Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam soal ini ialah:
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Kementerian Kewangan
Jabatan Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancangan Ekonomi.
Bentuk Penswastaan yang dilaksanakan ialah secara:
Sebahagian terpilih
berbentuk pengurusan swasta- kontrak dan pajakan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Latar Belakang
Unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
Dasar ini penting kerana penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza.
Dasar ini dapat menolak unsur-unsur Barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia.
Objektif
Untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Prinsip utama
Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama
Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan
Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan
Strategi
Meninggikan taraf dan mutu kesenian
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk
Mengamalkan toleransi agama dan budaya
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
Penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu di Malaysia lebih meluas pada hari ini berbanding pada masa dahulu. Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat kejayaan ini adalah untuk mencapai identiti budaya.
Sudah terdapat bukti beberapa unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dalam bidang seni seperti muzik dan tarian.
Pada keseluruhannya, pencapaian-pencapaian dasar kebudayaan nasional masih jauh daripada matlamat.
Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak
Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei
Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita berusaha
Merapatkan jurang ekonomi
meningkatkan pendapatan perkapita setiap kaum
membasmi kemiskinan
menyusun semula masyarakat
melebarkan dan meluaskan peluang setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran
DASAR EKONOMI BARU
Program Ekonomi 20 tahun (1971-1991)
Terbahagi kepada 5 penggal atau Rancangan Malaysia
Dianggap gagal mencapai sasaran ekuiti saham 30% bumiputra
Berjaya mencorak ekonomi yang mantap, pengurusan yang baik dan peningkatan sosio ekonomi setiap kaum di Malaysia
Diantara kejayaan DEB dapat dilihat dengan tertubuhnya beberapa agensi dan syarikat yang berdaya maju seperti , Tabung Haji ,Petronas ,KWSP ,Felda Permodalan Nasional Berhad
Meningkatnya bilangan Universiti
Jumlah usahawan dan ahli perniagaan bumiputera yang bergiat aktif terus meningkat
Jumlah ahli profesional dikalangan bumiputra seperti CEO, peguam, doktor, pensyarah , jurutera dan akauntan meningkat
---------------------------------------------------
Walaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan ekonomi kaum bumi putera telah pun bertambah.
Ada pihak yang beranggapan kegagalan pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti :
Rasuah
mengalibabakan projek
Modal kecil
Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan amat kuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment