Pengklonan
Pengdahuluan:
Teknik
pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan
dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang
seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pambahagian sel secara mitosis.
Teknik
pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan selumpulam klon yang menyerupai
induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan
genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan
induk.
Definisi
Pengklonan:
1. Daripada
kamus biologi, Pengklonan dianggapkan sebagai satu teknik manipulasi genetik
daripada sesuatu organisma untuk menghasilkan zuriat yang seiras dengan induk
dan ia merupakan pembiakan asek kerana tiada bahan genetik atau agen pembiakan
terlibat. Sumber bahan genetik diperoleh daripada sel soma.Sebagai contoh
pengklonan, kita meminda nukleus daripada sel soma sesuatu individu kepada ovam
sesuatu individu, dan membesarkannya
2. Daripada
daripada internet, pengklonan merupakan proses menghasilkan anak (bayi) melalui
percambahan mana-mana sel soma sesuatu induk dan bukannya melalui percampuran
antara jantan dan betina(persenyawaan ovum dan sperm). Klon ialah replika atau
pendua (fotostat) daripada satu organisma. Klon yang dihasilkan adalah menyamai
(atau hampir menyamai) organisma asal (penderma). Paling tidak, klon yang
terhasil akan mewarisi 90% ciri organisma asal dan turut membawa ciri-ciri DNA
ibu tumpang.
Teknologi klon bukanlah sesuatu yang asing.
Ianya telah dilakukan secara meluas dalam bidang pertanian melalui pengkulturan
tisu, contohnya getah klon, durian klon, dan kelapa sawit klon
Kaedah
pengklonan:
1.
Memisahkan set daripada embrio
Telur yang
disenyawakan oleh sperma akan membahagi kepada lapan bahagian dan ia akan
dipisahkan. Set tersebut akan diimplan kepada lapan ibu yang kemudian
menghasilkan lapan individu klon.
2. Teknik
Roslin
Iaitu teknik
yang sama yang digunakan untuk menghasilkan Dolly oleh Dr. Ian Wilmut dari
Roslin Institute di Scotland. Teknik ini telah digunakan oleh Hans Spemann pada
tahun 1920 yang melakukan penyelidikan genetik. Ia merupakan detik penting
dalam sejarah pengkIonan yang membuktikan ia boleh dilakukan ke atas haiwan
dewasa.
3. Teknik
Honolulu
Dicipta oleh
dua pelajar dari Universiti Hawaii, Teruhiko Wakayama dan Ryuzo Yanagimachi
pada Julai 1998. Mereka mengkIon tikus ( haiwan yang paling sukar diklon)
dengan kadar kejayaan yang lebih tinggi iaitu 3: 100 berbanding Ian Wilmut .
Kebaikan
pengklonan:
a) ciri-ciri
yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.
b) bilangan
klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan
pengeluaran hasil tanaman.
c) klon
tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam
daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan
buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan
masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda.
d) menjamin
keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi
dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.
e)
pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak
memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.
f) memberi
harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak.
g)
Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ
yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).
Keburukan
pengklonan:
a) klon-klon
mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu
klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya
rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan
menyebabkan kepupusan spesies itu.
b)
pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika
persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin
musnah.
c) bagi
teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.
d) klon
tidak menujukkan variasi dari segi genetik.
Pengkolnan
manusia adalah diharam kerana:
e)
meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak
memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak.
f) jangka
hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang
sama dengan usia penderma.
g) kadar
keguguran dan kematian adalah tinggi.
h)
membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam)
Contoh dan peristiwa kejayaan
pengklonan:
1. Dolly dan Polly
Sebenarnya
penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70-an. Namun begitu
hanya pada 1997, kaedah pengklonan akhirnya, dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari
Scotland, berjaya melahirkan Dolly ( sempena nama penyanyi country, Dolly
Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel pada kelenjar buah dada
seekor kambing biri-biri betina yang lain ).
Kelahiran
Dolly diberi liputan yang meluas kerana ia amat dinanti-nantikan. Bayangkan
sahaja, Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan
satu-satunya hasil daripada 277 percubaan dengan 29 bejaya tiba ke peringkat
pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan akhimya seekor
sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain gugur atau
mati sebaik saja dilahirkan.
Selepas
Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai gen manusia, Faktor IX - sejenis
protein yang diperlukan untuk membekukan darah. Teknik pengklonan akan
'melahirkan' lebih banyak Polly yang boleh mengeluarkan protein manusia dalam
susu mereka untuk digunakan bagi mengubati pesakit hemofilia.
Hemofilia
adalah penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku dan sehingga kini
penawarnya tidak ditemui. Selain itu, haiwan lain yang bedaya diklonkan lilah
monyet, tikus, lembu, khinzir, ayam dan yang terbaru ialah kucing.
2. Kucing
Klon
Setelah
khinzir, kambing, lembu, ayam dan tikus, tibalah giliran untuk kucing
diklonkan. CC atau Copy Cat, kucing klon pertama di dunia im yang kini berusia
dua bulan. Dengan bulu pendek berwarna hitram dan putih berlainan deripada
induk genetiknya, dia kelihatan cukup sihat, comel dan amat aktif bermain.
Menurut
saintis warna bulu bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi juga
keadaan kandungannya. Para penyelidik tersebut memperoleh sebanyak 87 embrio
tetapi dua ekor kucing yang mengandung dan hanya CC yang selamat
dilahirkan.Ekspenimen yang dijalankan oleh Taxes A&M University itu
bertujuan menggalakkan orang ramai mengklonkan binatang kesayangan mereka.
3. Khinzir
Sebagai Penderma
Sekumpulan
saintis dari Universiti Missouri di Columbia kini sedang berusaha mengklon
khinzir yang telah diubah suai genetik atas tujuan penghasilan organ.
Memandangkan krisis kekurangan organ manusia agak parah maka organ daripada
khinzir dilihat sebagai pilihan yang mat sesuai. Ini adalah kerana saiznya yang
hampir menyamai manusia yang secara tidak langsung memudahkan proses
pernyarnbunagan salur darah.
Selain itu,
kadar pembiakan khinzir yang cepat membenikan prospek bekalan organ yang
banyak. Tetapi masalah tetap wujud disebabkan oleh kehadiran molekul gula yang
meyelaputi organ khinzir. Akibatnya terjadilah penotakan sistem imum tubuh
manusia terhadap organ yang dipindahkan.
4. Kambing
dan Labah-labah
NEXIS
Technologies dari Montreal, Kanada telah mengklon kambing yang dinamakan
Webster dan Peter. Kedua-duanya membawa gen labah-labah yang boleh mengeluarkan
bahan protein sutera penjerat labah-labah. Mereka kemudiannya mencadangkan
untuk mengahwinkan kambing-kambing tersebut bagi menghasilkan anak-anak betina
yang mengeluarkan susu yang mengandungi protein sutera labah-labah. Bahan susu
dan sutera yang biodegredasi itu akan digunakan di hospital untuk jahitan luka
pesakit dalam pembedahan.
5. Klon
Monyet Tunggal
Saintis di
Health Services University di Oregan telah mengklon monyet yang dinamakan
sebagai Netti dan Ditto. la merupakan kejayaan tunggal kerana cubaan untuk
mengklon golira dan campanzi tidak berjaya dilakukan.
6. Telur
Ayam Terapeutik
Memandangkan
telur dan daging ayam adalah sumber makanan utama penduduk dunia maka saintis
cuba mencari teknik mengklon ayam. Kejayaan pertama membabitkan telur ayam oleh
Syarikat AviGenetics di Athens, Georgia. Mereka berhasrat untuk mengeluarkan
telur yang dilengkapi protein terapeutik yang baik untuk kesihatan manusia.
7. Susu
Lembu Klon
Pada 1998,
Advanced Cell Technologies, Massachusettes, telah mengklon dua ekor lembu yang
dinamakan George dan Charlie. Lembu-lembu klon ini dipercayai mampu
menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding lembu susu biasa. Sejak itu,
lebih 300 ekor lembu telah diklonkan dan telah menghasilkan lebih 900 liter
susu setahun.
Kesimpulan
Teknologi
pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini.
Kaedah
pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber
persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi
kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras
dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi
juga dengan agama.
Obesiti
Pendahuluan:
PADA hari
ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai
obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai
usaha untuk mencari penawarnya. Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan
yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Punca:
1)
Ubat-ubatan
-Amalan
memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh
mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan
penyakit diabetes dan hipertensi.
2)Masalah
genetik.
-Terdapat
beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan.
Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh
menyebabkan obesiti
-Sindrom
metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan
seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi,
tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya
3)Pemakanan.
-Pemakanan
yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini
termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
4)Kurang
melakukan senaman.
-Kesibukan
bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan
komputer.Oleh demikian,tidak mempunyai masa bersenam.
Langkah
mengatasi:
1)Senaman
-Senaman
perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit
sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan
senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi
hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik,
bersukan, berenang dan sebagainya
2)Ubat-ubatan
Kaedah ini
dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan.
Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu
-Lipase
inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman
memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.
Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan
memasuki sistem penghadaman makanan.
- Ubat
mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia
akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit
berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung
berdebar, panas dan sebagainya.
- Ubat
kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki
sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
- Ubat
antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan
untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan
3)Diet
- Elakkan
makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan
gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng
makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
- Elakkan
menggunakan susu pekat manis.
- Kurangkan
kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
- Makan ikut
jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
- Jangan
gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
- Kurangkan
makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
-
Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5
hingga 1 kilogram sebulan
kesimpulan:
-obesiti
membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita.
-kita perlu
tahu tentang status kesihatan dan BMI(Indeks Jisim Badan)kita.
KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON
Penyusutan
Lapisan Ozon
1 . Lapisan
ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik
matahari .
2 .
Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman
udara dalam peti sejuk menipiskan
lapisan ozon
.
3 . Ini
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 .
Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit
kanser kulit .
Pembetukan
Hujan Asid
1 . Gas-gas
sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk
hujan asid .
2 . Hujan
asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga
menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan
Suhu Di Bumi
1 . Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .
2 . Jadi
suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan
menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di
beberapa tempat di dunia .
Kepentingan hutan kepada manusia dan
alam sekitar
Pengenalan:
-hutan
merupakan anugerah Tuhan yang penting kepada manusia
-hutan
penting kepada kehidupan manusia dan alam sekitar
Isi-Isi:
1)keseimbangan
ekosistem
-mengurangkan
peningkatan suhu dengan menyerap karbon dioksida
-membantu
menyejukan udara dan mengekalkan kelembapan persekitaran
2)Mengurangkan
pencemaran udara
-melindungi
atmosfera daripada pencemaran
-mengurangkan
keupayaan debu dan asap mencemarkan udara
3)mengekalkan
struktur tanah dan mengawal hakisan
-spesies
menutup bumi dapat mengelakkan kejadian banjir kilat dan lumpur, larian
airderas , hakisan tanah dan tanah runtuh
4)habitat
hidupan liar
-kediaman
pelbagai jenis binatang
-hutan
menyediakan rantai makanan yang seimbang dan saling bergantungan
-tempat
pembiakan
Penutup:
-hutan perlu
dijaga untuk mengekalkan keseimbangan ekologi dan hidupan flona & fauna
No comments:
Post a Comment