Pelan Induk Ekonomi Berasaskan
Pengetahuan/Pelan Induk K-ekonomi
Maklumat dari Cikgu Goay…
Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan/Pelan Induk
K-ekonomi Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan
kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa
untuk mencapai Wawasan 2020. Teras pembangunan untuk ekonomi yang berdasarkan
pengetahuan telah ditetapkan di dalam Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3)
seperti berikut:
• Membina
asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula sistem
pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan
program bijak pandai (brain-gain)
• Memperbanyakkan
lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi
negara.
• Mempercepatkan
pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan.
• Menstruktur
semula sistem kewangan untuk memberi pembiayaian yang sesuai bagi aktiviti
pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat
bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan
pengetahuan.
• Meningkatkan
kandungan pengetahuan di dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
• Menggalakkan
sektor swasta agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan
pengetahuan dan juga mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang-peluang yang
bakal dijana.
• Mengolah
semula sektor awam untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan,
penyebaran dan pengurusan pengetahuan.
• Memupuk
penggunaan pengetahuan yang beretika;
• Mengambil
tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan
etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan
wilayah.
Tambahan lagi, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan
(KEMP) yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi 136 cadangan yang meliputi
pembangunan sumber manusia, stuktur informasi, insentif, pembangunan sains dan
teknologi, orientasi semula sektor swasta dan awam dan juga mengutarakan jurang
digital.
Kerajaan juga memantau kemajuan menuju ekonomi berdasarkan
pengetahuan di atas dasar Indeks Pembangunan Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan
(KDI) . KDI membuat penilaian ke atas keadaan infrastruktur komputer, struktur
informasi, pendidikan dan latihan termasuk juga R&D dan teknologi. Ia
membuat perbandingan kedudukan Malaysia relatif kepada 22 negara maju dan
Malaysia tetap di kedudukan 17 menurut KDI, 2000.
No comments:
Post a Comment