Wednesday, March 05, 2014

Mengapa kereta nasional kerugian....

Artikel dari Berita Harian.
Berita     Terkini: Proton Kerugian….  STAR….
Cuba  pelajar fikirkan mengapa?
Puncanya mungkinkan….
1.       Pengurusan organisasi yang kurang cekap
2.       Perbelanjaan yang berlebihan
3.       Kurang pasaran
4.       Persaingan dari jenama lain
5.       Harga yang agak mahal untuk kereta national….
Kita bincang  dan cuba anda fikir-fikirkan……


Proton Harap Dasar Baru Industri Automobil Jamin Eko-sistem Industri Automotif

JELI, 23 Jun (Bernama) -- Proton berharap Dasar Baru Industri Automobil yang dijangka siap pada akhir tahun ini dapat menjamin keseimbangan ekosistem industri automotif tempatan bagi memastikan semua pihak yang terbabit di dalam industri berkenaan mempunyai peluang untuk terus bersaing di dalam kegawatan ekonomi dunia.

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata beliau berharap dasar itu memikirkan bagaimana pengeluar, pengedar, pemborong dan penjual automotif di negara ini dapat meneruskan saingan dan perniagaan mereka dalam menghadapi Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada tahun hadapan.

"Kami juga mengharapkan dasar itu dapat merangkumkan supaya ekonomi kita sentiasa mampu bersaing dalam menghadapi Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan keadaan ekonomi dunia yang perlahan," katanya kepada pemberita di Karnival Proton bersama rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pindaan semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang dijangka siap selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini.

Kerajaan juga yakin Proton Holdings Bhd (Proton) mampu bersaing secara terbuka setanding dengan pengeluar kenderaan lain di mana DAN yang diperkenalkan pada 2006 penting bagi kepentingan vendor, pengedar dan pengeluar kenderaan.

Mengulas lanjut mengenai persediaan Proton terhadap AFTA, Syed Zainal Abidin berkata Proton telah mengambil langkah yang aktif bagi memastikan produk kereta Malaysia sentiasa mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain.

Beliau berkata antara langkah yang diambil Proton termasuk sentiasa mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi kenderaannya dalam memastikan teknologinya sentiasa menepati kehendak pengguna.

"Kita juga akan sentiasa memperkenalkan model baru bagi memastikan pembeli proton mempunyai pelbagai pilihan dan menarik pembeli baru," katanya.

Selebihnya, katanya pihaknya akan mengadakan promosi jualan dalam pelbagai bentuk seperti, promosi karnival, pemberian diskaun ke atas alat gantian dan tawaran pakej selepas pembelian.

"Kita juga akan mengukuhkan lagi penjenamaan Proton," katanya.

No comments:

Post a Comment