Cara
Mengenalpasti Jenis Media
1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti
berpasang.
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat dalam petikan yang
diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan
keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke
negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti
pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari
tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah
Tips pemilihan media:
GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan ,
aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk
GRAF BAR ADA 2 :
1.GRAF BAR KOMPAUN
2.GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti,
kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar,
graf bar komponen - kumulatif @ jumlah
Carta
Pai Bertingkat
Contoh Item:
Komponen barangan eksport dan negara pengimport
Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai Bertingkat
Rasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara
Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasingan
Contoh Item:
Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import,
eksport atau pengeluaran yang mempunyai perbezaan
• tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau
• negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak
atau
• tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan
Rancangan Malaysia Ke 6
* ingatan :
Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak
sebelum menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan
markah graf anda
Graf Bar Piramid
Contoh Item:
a. kadar kemiskinan
b. etnik
c. luar bandar dan bandar
d. tahun
ATAU
a. bandar dan luar bandar
b. jantina
c. etnik
d. ijazah/diploma
• graf yang sesuai ialah graf bar piramid
Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf
bar biasa
Graf
Bar/Garis Komponen
Petunjuk yang digunakan – ada perkataan
• Komponen
• Jumlah
Sekiranya tidak ada ada – graf bar kompaun
Graf
Garis kompaun
Sekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi
ada perkataan pola
atau
ada perkataan
menunjukkan aliran
medium yang sesuai ialah graf garis kompaun
Graf Bar Gabungan
Contoh Item:
a. Kuantiti – unit tan metrik
b. harga/pendapatan – unit RM
ATAU
a. bilangan kenderaan – unit buah
b. pungutan tol – unit RM
• pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung
dengan
• graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi
menentukan medium)
Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu
paksi yang sama
Graf Bar Imbangan
Sekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus
Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang
dikira adalah dalam bentuk negatif dan positif
NOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar
kompaun atau graf garis kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu
berhati-hati semasa menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.
saya minta kebenaran untuk print out ya.Terima kasih atas maklumat yang amat bermanfaat ini.
ReplyDeleteSalam, kalau soalan Dia cam ni
ReplyDeleteBilangan permohonan mengikut skim pengeluaran Dan jumlah keseluruhan amaun pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP Dari tahun 2015 hinggga 2017
Ni Graf gabungan ke cermin ye
Terimakasih....